Tekong Darat Maut, Tujuh Pendatang Asing Cedera Dalam Nahas Ketika Dikejar Pihak Berkuasa.
Seorang lelaki tempatan yang dipercayai tekong darat maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa di Jalan Bunut Sarang Burung-Kampung Kebakat, semalam. Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Mohd Khairi Shafie berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.50 pagi, melibatkan suspek berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh. Mangsa disahkan meninggal dunia […]













