Kejadian cemas berlaku apabila sebuah pokok tumbang menghempap enam buah kenderaan di Taman Puchong Perdana sekitar jam 6 petang tadi, menyebabkan seorang wanita warga asing dan anak lelakinya terperangkap dalam kereta mereka.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, wanita berusia lingkungan 30-an dan anaknya yang berusia dua tahun itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
“Pusat gerakan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.25 petang berhubung insiden pokok tumbang yang menimpa enam kenderaan di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebuah jentera bomba bersama 11 anggota serta sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong telah digerakkan ke lokasi kejadian. Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga, manakala kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang turut dijalankan.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?