Tiada kejutan lagi jika saya katakan, saya memandang MAZDA lebih tinggi dan atas daripada jenama dari Jepun lain seperti Honda & Toyota. Mazda kini sudah beberapa langkah kehadapan dalam imej mereka membina kereta yang lebih premium dan mewah.
Tapi untuk bersaing dengan BMW, Mercedes atau Lexus, ia adalah cerita yang berbeza.
MAZDA CX-9 merupakan model Mazda paling premium dan teratas sekali dalam llineup SUV mereka, yang pertama kali dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 2017 (generasi ke-2) dan kemudiannya mendapat sentuhan ‘ignite edition’ yang nampak lebih garang dan lebih up-to-date.
Namun, adakah CX-9 ini mampu bersaing dengan jenama Premium yang lain? Ramai yang membanding CX-9 ini dengan Lexus NX, tapi pendapat peribadi saya ia lebih layak untuk dibandingkan dengan Lexus RX, BMW X5 atau Mercedes GLE dan seterusnya kerana saiznya yang lebih besar dan mempunyai 7 tempat duduk.
DESIGN LUARAN:
Reka bentuk SUV Mazda nampak lebih kurang antara satu sama lain, hanya yang membezakan adalah saiz. Tapi CX-9 bagi saya berbeza. Bagi saya CX-9 lebih nampak garang, dengan grill depan baru yang lebih agresif, lampu depan yang lebih compact, sportrim besar yang berwarna hitam berkilat menampakkan Mazda CX-9 mudah nampak cantik dan tak ‘try hard’ untuk jadi cantik. Itulah kelebihan Mazda, propotion yang betul dan seimbang, dari depan ke belakang memperlihatkan SUV ini nampak stabil dan gah!
PRESTASI ENJIN:
Mazda CX-9 ini didatangkan hanya dengan 1 varian iaitu 2.5L Turbo 2WD yang berharga RM327,000 yang mana enjin petrol 2.5L Skyativ-G ini mampu menghasilkan hingga 228HP dan 420Nm. Dan ianya dipacukan oleh transmisi 6-Speed automatik. Darisegi prestasi enjin bagi saya jelas, ianya cukup untuk mengangkan beban 1.9 tan kereta ni dan memadai untuk memecut atau memotong kenderaan hadapan bila diperlukan. Memang tiada masalah.
Darisegi fungsi dan ciri-ciri bahagian dalaman, berbeza dengan Mercedes yang lebih menjolok mata dengan skrin sentuh glossy sana sini, ambient lighting yang memukau, tetapi Mazda tetap dengan konsep mereka iaitu simple premium dan matang. Banyak sebenarnya ciri yang menarik pada CX-9 ini, tapi satu kegemaran saya adalah rotary dial knob pada center console tersebut, ianya lebih praktikal digunakan sewaktu memandu berbanding pad sesentuh pada model-model Mercedes.
FEATURES:
Active Driving Display
Paddle Shifters
Apple CarPlay® & Android™ Auto Function**
Bose® Audio Speakers
ADVANCED TECHNOLOGIES
Mazda i-Stop Idling Technology
Mazda G-Vectoring Control Plus Technology (GVC Plus)
ADVANCED SAFETY TECHNOLOGIES
Adaptive LED Headlights (ALH)
Blind Spot Monitoring (BSM)
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Lane Departure Warning System (LDWS)
Lane-Keep Assist System (LAS)
Driver Attention Alert (DAA)
Smart City Brake Support (SCBS)
Smart Brake Support (SBS)
Mazda Radar Cruise Control (MRCC)
PEMANDUAN:
Darisegi handling, ya kita semua dapat agak ini bukanlah kereta yang ligat & lincah. Namun dengan teknologi G-Vectoring Control (GVC) daripada Mazda, kami langsung tidak merasakan sedang memandu SUV gergasi. SUV ni agak mudah untuk dikendalikan pada selekoh dan keluar simpang yang sempit.
KESELESAAN:
Salah satu kelebihan Mazda CX-9 ini ialah mempunyai 7-seater. Ruang pemandu, penumpang hadapan dan 2nd row cukup luas, begitu juga ruang legroom untuk 3rd row. Tapi sayangnya lantai pada 3rd row masih agak tinggi membuatkan lutut penumpang tergantung dan kurang selesa jika dewasa menaiki untuk perjalanan jauh.
Secara keseluruhan kami memang dapat rasakan ini adalah sebuah kereta mahal, kami dapat rasakan premium pada Mazda CX-9 ini dan apa yang kami jangkakan untuk tahap keselesaan pada CX-9 ini, juga tepat. SUV ni cukup selesa dan cukup premium.
Namun mungkin masih ada beberapa lagi kekurangan pada CX-9 ini darisegi ‘features’ jika dibandingkan dengan X5 dan GLE, tapi apa pun bagi saya kemenangan CX-9 adalah darisegi harga. Ya, mungkin agak berlebihan RM300,000 untuk SUV jenama Jepun, tapi jika anda letakkan BMW X5, Mercedes GLA, sudah tentu harganya bakal mencecah RM450,000 ke atas.. Jadi, Mazda ada CX-9, apa kurangnya? dan kenapa tidak?