Syarikat induk myTukar, Carro telah mempamerkan proses pemeriksaan 160 poin mereka dan teknologi sokongan di pusat refurbishment utama mereka di USJ.
Merupakan platform kereta terpakai dalam talian yang paling menguntungkan di Asia Tenggara, mereka membuktikan dedikasi mereka dengan menukar kereta terpakai kepada Carro Certified dan myTukar Certified iaitu Kereta Sebaik Yang Baru.
Melalui pemeriksaan 160 poin yang ketat dan proses baik pulih seperti kerja cat dan badan yang diawasi oleh pakar cat dari Jepun, pembaikan mekanikal, pembaikan dalaman dan pemeriksaan akhir serta pandu uji, Carro dan myTukar ingin menyediakan kereta terpakai berkualiti tinggi yang boleh diyakini oleh pelanggan.
Turut menggunakan kuasa Artificial Intelligence (AI) untuk mengesan sebarang kesan lekuk, calar dan anomali sedia ada lain pada badan kereta, mereka menjalankan Kejuruteraan Akustik dan Penglihatan Berkomputer.
Carro mempunyai 14 pusat baik pulih dan bengkel di Asia Tenggara dengan kapasiti maksimum sebanyak 2800 kereta yang boleh diservis dan dibaik pulih setiap bulan.
Kalau korang nak jual kereta terpakai, korang boleh terus pergi dekat Carro or myTukar sekarang!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?