NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kereta Elektrik Pertama: Range Rover 2024

Kereta Elektrik Pertama: Range Rover 2024

Buat pertama kalinya, Range Rover telah membuat pengumuman untuk melancarkan sepenuhnya kereta elektrik (EV) dan telah mula membuat prototaip untuk diuji secara terperinci dan mendalam. Berdasarkan Range Rover Generasi ke-5 yang telah dilancarkan pada tahun 2021, model ini akan dibina dengan platform Modular Longitudinal Architecture-Flex (MLA-Flex) yang sama dan kepada para pelanggan yang berminat, boleh daftar masuk ke dalam senarai menunggu.

Butiran penuh tidak ada lagi, namun mereka mengatakan model ini akan menampilkan seni bina yang menggunakan 800-volt elektrik untuk membolehkan pengecasan pantas pada rangkaian awam. Model ini juga akan memberikan prestasi yang setanding dengan Range Rover yang dilengkapi V8, di samping masih mengekalkan keupayaan dan ciri-ciri yang terkenal dengan jenama ini.

Sebagai tradisi Range Rover, piawaian keselesaan dan kemewahan akan diutamakan untuk menghasilkan prestasi pemanduan yang lengkap dan sempurna untuk model elektrik ini.

 

Sumber : paultan.org

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy