NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kereta Susut 4% Kepada 71,908 Unit

Jualan Kereta Susut 4% Kepada 71,908 Unit

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah jualan kereta di Malaysia pada bulan November menurun 4% kepada 71,908 unit berbanding 74,896 unit pada bulan Oktober.

Dalam satu kenyataan media hari ini, jumlah jualan keseluruhan keseluruhan industri kenderaan (TIV) itu melebihi 70,000 jumlah jualan bulanan untuk kali ketiga tahun ini, kata MAA.

MAA turut menambah, walaupun angka untuk November adalah 4% peratus lebih rendah bulan ke bulan, jualan tahun ini setakat November 2023 pada 718,748 unit menunjukkan peningkatan 12% berbanding tempoh sama pada tahun lepas, iaitu 644,534 unit.

Ini menunjukkan potensi untuk melepasi TIV tertinggi sepanjang masa tahun lepas sebanyak 720,658 unit untuk tahun penuh 2023.

MAA meramalkan jualan pada Disember 2023 setanding dengan jualan dari November 2023.

 

Sumber : DagangNews.com

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy