NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

PROTON S70 Akan Mula Dihantar Minggu Hadapan

PROTON S70 Akan Mula Dihantar Minggu Hadapan

Para pelanggan yang sudah menempah Proton S70 dijangka akan mula dapat kereta pada minggu hadapan. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh CEO Proton Edar, Roslan Abdullah di Majlis Jelajah Media Proton 2023 di Bangi.

Dilancarkan pada akhir bulan November tahun ini, penghantaran model sedan ini nampaknya lambat dan tiada sasaran jualan yang disenaraikan untuk Laporan Jualan Pembuat Kereta November 2023.

Roslan turut menambah bahawa Proton kini telah menerima 3,600 tempahan untuk Proton s70 setakat ini dan 800 unit telah tersedia untuk dihantar kepada pelanggan yang sudah menempah.

Susulan daripada tempahan yang banyak, tempoh menunggu kini adalah selama satu bulan dan jumlah penghantaran pada tahun 2023 ini dijangka tidak tinggi kerana para pelanggan ingin mendaftar kereta mereka pada tahun 2024.

Varian yang manakah menarik minat anda? Kepada pelanggan yang telah menempah, adakah anda teruja untuk menerima model ini?

Sumber : paultan.org

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy