Perkhidmatan Van E-Hailing Bagi Tempat Yang Tiada Pengangkutan Awam Bakal Diperkenalkan

Perkhidmatan van transit bakal diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan atas permintaan orang ramai bagi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Van berkenaan akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan RM50 juta di bawah bajet 2024, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tambah beliau, untuk menyelia operasi perkhidmatan van transit atas permintaan, Prasarana Malaysia akan ditugaskan dengan butiran lanjut mengenai pelaksanaan akan diumumkan kemudian. Bagi menangani isu kesukaran pengguna yang ingin menggunakan pengangkutan awam, inisiatif ini telah diadakan terutamanya di kawasan yang mempunyai akses yang terhad kepada perkhidmatan pengangkutan awam.

Perkhidmatan ini adalah lebih kurang sama konsep dengan Kumpool, iaitu perkhidmatan ulang-alik atas permintaan yang kini beroperasi di Johor Bahru, Melaka, Cyberjaya, Petaling Jaya dan Subang Jaya. Pada Februari lalu, Kumpool telah mengumumkan akan bekerjasama dengan RapidKL bagi menyediakan perkhidmatan bas pengantara atas permintaan untuk kawasan terpilih.

Fungsi Kumpool adalah mengumpulkan tempahan penumpang dalam masa yang sama dengan laluan berdasarkan perhentian mengambil dan menghantar semua penumpang. 

 

Sumber : paultan.org

Gallery

  1. boleh ke saya nak masukakn van saya. sekarang kurang tempahan van bayar can

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD