NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

MOT Kembali Menilai Cadangan Perkhidmatan E-Hailing Motosikal Dilaksanakan

MOT Kembali Menilai Cadangan Perkhidmatan E-Hailing Motosikal Dilaksanakan

Kementerian Pengangkutan terbuka untuk menerima maklum balas mengenai penilaian semula perkhidmatan e-hailing motosikal, lapor New Straits Times.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan kesediaannya untuk menjalankan bukti konsep (POC) dan mempertimbangkan cadangan daripada pengendali yang berminat untuk melaksanakan ujian perintis (projek sandbox).

Menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, Loke mengakui bahawa projek serupa pernah dicuba sebelum ini tetapi gagal mendapat sambutan. Beliau menyedari bahawa budaya Malaysia mungkin kurang cenderung menggunakan e-hailing motosikal, namun beliau terbuka untuk menerima pandangan yang berbeza.

“Jika ada pengendali yang mahu memulakan projek sandbox atau projek perintis, kami bersedia untuk menjalankan POC, dengan syarat kawasan yang sesuai di Putrajaya dapat dikenalpasti,” kata Loke semasa perbahasan Belanjawan 2025 di Parlimen.

Beliau menambah bahawa jika terdapat permohonan, beliau akan membincangkan kelulusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Terdahulu, Lee mencadangkan bahawa perkhidmatan e-hailing motosikal boleh memberikan manfaat dan mencadangkan Petaling Jaya sebagai lokasi ujian untuk projek perintis tersebut.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy