NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Petron Menganjurkan Kempen – Jom Jalan-Jalan ke Seoul

Petron Menganjurkan Kempen – Jom Jalan-Jalan ke Seoul

Dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia dan ONE TV Asia, Petron Malaysia telah menganjurkan kempen Pam dan Menang Jom Jalan-Jalan. Melalui kempen ini, para pelanggan Petron Miles (P-Miles) berpeluang memenangi percutian percuma ke Korea Selatan dan turut berpeluang untuk menyaksikan K-Pop atau K-Drama. Kempen ini telah bermula dari 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024.

Dalam tempoh masa sepanjang tiga bulan, kempen ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’ ini bakal memberikan hadiah menarik kepada 62 pemenang bertuah yang bernilai lebih RM250,000. Kempen ini terbuka buat semua pemegang kad P-Miles dan pengguna aplikasi mudah alih P-Miles di semua stesen minyak Petron di Malaysia. Cara untuk menyertai kempen ini mudah sahaja.

Dengan hanya pembelian petrol minimum RM50, pemegang kad P-Miles automatik melayakkan diri untuk mendapat satu penyertaan manakala pengguna aplikasi mudah alih P-Miles mendapat penyertaan lima kali ganda. Selain itu, Petron turut bekerjasama dengan Malaysian Airlines, di mana bagi setiap penukaran mata ganjaran Enrich Miles melayakkan untuk dua penyertaan sepanjang kempen ini berjalan.

Jadi tunggu apa lagi, mari lah kita sertai kempen ini dengan membuat pembelian petrol di Petron berdekatan anda hari ini.

 

Sumber : Sinar Harian

 

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy