SMART #1 Capai 100 Unit Pengedaran

Sebanyak 100 unit kenderaan elektrik (EV) Smart #1 telah diedarkan dalam tempoh satu bulan dan ini merupakan pencapaian yang luar biasa untuk Smart Malaysia. Dengan kerjasama 10 cawangan pengedar Smart #1 yang terletak di lokasi yang strategik, kejayaan penghantaran ini diutamakan di mana mereka akan memastikan majoriti pembeli menerima kereta mereka dalam masa yang singkat.

Kemudahan aplikasi digital yang canggih dan komprehensif mengukuhkan lagi kejayaan Smart Malaysia, menjadikan proses pembelian kenderaan menjadi lebih cepat dan efisien dari tempahan hingga ke permohonan pinjaman.

Selain itu, sebelum pelancaran rasmi Smart #1, mereka telah bersedia dengan menyediakan stok kenderaan yang tersedia buat pelanggan yang ingin menempah. Komitmen secara menyeluruh telah dibuat oleh mereka dari segi persediaan ujian pandu kenderaan yang lancar, unit paparan yang mencukupi, persiapan komprehensif yang memudahkan pendaftaran awal dan akses tanpa gangguan kepada Smart #1.

Pengedaran 100 unit Smart #1 telah menembusi catatan rekod pengedaran yang paling singkat buat mereka. Sebagai tanda terima kasih daripada Smart Malaysia, pengecas rumah smartCharge percuma bernilai RM3,200 berserta jaminan selama 2 tahun akan diberikan kepada para pelanggan awal yang telah menempah Smart #1.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD