Sebuah kereta elektrik berjenama Mercedes EQB telah terbakar semasa cas pada hari Ahad semalam di Johor Bahru. Pihak bomba telah menerima panggilan telefon kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 2.45 petang, menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar.
Dua unit RIM dan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 10 anggota bomba telah dihantar ke tempat kejadian. Menurut beliau, 90 peratus keseluruhan kenderaan dan 5 peratus bangunan ruang pameran telah musnah disebabkan kebakaran ini.
Electric Vehicle (EV) Charging Bay turut termusnah dalam 20 peratus di hadapan kereta yang terbakar.