NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bas Elektrik Menjelang Tahun 2025 – Prasarana Diarah Beli

Bas Elektrik Menjelang Tahun 2025 – Prasarana Diarah Beli

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan Prasarana Malaysia untuk membeli bas elektrik (EV) menjelang Mac sebaik sahaja kumpulan bas terakhir yang menggunakan diesel dihantar, menurut laporan Bernama.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, “Tahun depan kita akan cuba supaya pembelian bas baharu ke arah bas elektrik. Cuma ada satu lagi pembelian baharu melibatkan 310 bas diesel dan saya telah nyatakan kepada Prasarana bahawa ini merupakan pembelian terakhir bas diesel. Selepas itu, perolehan bas adalah ke arah bas EV.”

Selaras dengan inisiatif Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), ini merupakan usaha untuk meningkatkan penggunaan kenderaan hijau.

Telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2024 yang lalu, sejumlah 150 bas elektrik bagi menyokong projek LRT3, pembinaan tiga depoh bas dengan kos RM600 juta bakal diperoleh Prasarana Malaysia.

Ketika acara persidangan International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023, Rapid KL telah berkongsi bahawa mereka telah mensasarkan untuk mempunyai 30 peratus bas EV menjelang tahun 2030 pada awal Oktober lalu.

Manakala menjelang tahun 2037, mereka telah mensasarkan semua bas yang digunakan akan tediri daripada bas elektrik sahaja. Berdasarkan purata penggunaan EV di negara lain iaitu sebanyak 25 hingga 50 peratus penggunaan EV menjelang tahun 2030 dan sifar emisi pada tahun 2035 hingga 2040, mereka telah meletakkan sasaran berkenaan.

 

Sumber : Bernama, Paultan

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy