NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Perodua Kelisa Terbabas Langgar Paip Air – Pemandu Cedera Ringan

Perodua Kelisa Terbabas Langgar Paip Air – Pemandu Cedera Ringan

Telah tular semalam satu video sebuah kereta didapati terbabas dan telah melanggar paip air di semua laman media sosial. Kelihatan ramai orang terpaksa berhenti kerana paip air tersebut telah pecah dan letusan air dari paip telah melimpah ruah sehingga ke jalan raya.

Menurut laporan dari Sinar Harian, lelaki tersebut yang berusia 27 tahun telah memandu keretanya Perodua Kelisa dan melanggar paip air milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Jalan Pajak Song pada tengah hari Jumaat semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, lelaki berkenaan telah mengalami luka di tangan dan badan akibat kejadian berkenaan dan telah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.35 tengahari di mana ketika lelaki tersebut dalam perjalanan dari lampu isyarat Permatang Sireh menghala ke Masjid Pajak Song untuk menunaikan solat jumaat.

Siasatan mendapati bahawa pemandu telah gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pagar serta paip air milik PBAPP, kata Mohd Asri. Siasatan telah dijalankan mengikut kaedah 10 LN166/1959 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959. Sehingga kini, laporan polis masih belum dibuat oleh lelaki berkenaan berhubung kejadian tersebut.

 

Sumber : Sinar Harian

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy