Volkswagen Golf GTI Facelift 2025 Didatangkan Dengan ChatGPT?

Sebelum ini, teaser bagi Volkswagen Golf Generasi ke 8 versi facelift telah disiarkan dan kini teaser bagi Golf GTI facelift 2025 pula telah muncul dan bakal didedahkan sepenuhnya tidak lama lagi.

Masih disorokkan dengan pelekat penyamaran di seluruh badan, teaser GTI pada kali ini hampir mendedahkan keseluruhan bentuk badan malah foto pada bahagian kabin turut disertakan dengan pengumuman rasmi berapa perinciannya.

Apa yang baharu pada model GTI kali ini adalah ia didatangkan dengan sepasang lampu hadapan baharu dengan rekaan lebih bersegi dan juga lampu belakang dengan grafik jalur LED yang berbeza. Bukan itu sahaja, rekaan bampar hadapan dan belakang yang baharu serta skrin infotainment yang lebih besar iaitu bersaiz 15 inci seperti model fastback EV ID.7.

 

Selepas perincian kawalan sesentuh pada roda stereng dikritik oleh pengguna, menerusi imej yang telah didedahkan kami mengesahkan ia telah diganti menggunakan butang konvensional biasa. Volkswagen juga mengesahkan bahawa model facelift ini akan menerima integrasi ChatGPT, iaitu chatbot berasaskan AI yang digandingkan bersama pembantu arahan suara IDA.

Dengan menggunakan arahan suara, sistem itu boleh digunakan untuk mengoperasikan sistem infotainment, navigasi dan juga sistem penghawa dingin. Selain itu, ia juga mampu untuk menjawab soalan pengetahuan am dan pada masa hadapan, ia boleh berinteraktif dalam bahasa intuitif, menerima maklumat khusus kenderaan dan banyak lagi.

Untuk mengaktifkan aplikasi ChatGPT, pengguna tidak perlu membuat akaun baharu secara berasingan. Dengan prompt suara “Hello IDA”, anda sudah boleh memulakan permintaan dan jika tiada sebarang respons atau jawapan oleh sistem IDA, ia akan dibawa ke AI.

Untuk menjamin perlindungan data pelanggan, Volkswagen telah mengesahkan bahawa sebarang pertanyaan yang diberi dan jawapan yang disediakan akan dipadam serta merta dan data dari kereta tidak boleh diakses oleh ChatGPT.

“Terima kasih kepada penyepaduan ChatGPT yang lancar dan kerjasama kukuh dengan rakan kongsi kami, Cerence, kami menawarkan nilai tambah pemacu kami dan akses terus kepada alat penyelidikan berasaskan AI. Ini juga menggariskan kekuatan inovatif produk baharu kami,” kata ketua pembangunan teknikal Volkswagen Kai Grünitz.

Tiada sebarang maklumat lagi mengenai unit rangkaian kuasa dan enjin untuk model GTI yang terbaru ini namun kami menjangkakan bahawa ia masih menggunakan unit yang sama seperti model sedia ada.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD