NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Varian Baru Triton Bakal Dilancarkan oleh Mitsubishi Malaysia

Varian Baru Triton Bakal Dilancarkan oleh Mitsubishi Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memuatnaik satu teaser melalui laman sosialnya yang menunjukkan bakal ada satu lagi varian atau edisi baharu untuk Triton generasi sedia ada yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Dengan caption “Something Different is Coming”, sebuah triton berwarna putih bersama dengan grafik jalur badan berwarna merah ditampilkan dalam teaser berikut. Selain itu, sportsbar pada bed belakang turut disiarkan di dalam gambar tersebut dengan bahagian bawahnya digelapkan sedikit.

Beberapa perincian lain turut dapat dilihat pada Triton baharu tersebut selepas sedikit pelarasan warna dibuat dan menurut laporan Paultan, ia menerima beberapa kelengkapan yang diambil dari Triton Phantom Plus Edition yang dilancarkan tahun lalu iaitu bampar hadapan dan belakang dengan skid plate lebih agresif berwarna merahoverfender lebih lebar, dan juga set rim 18-inci rekaan ekslusif berwarna hitam dibalut dengan tayar A/T Yokohama Geolander.

Seperti Phantom Plus sebelum ini, varian baharu Triton ini tidak didatangkan dengan lampu LED beserta perumah penuh di atas bumbung. Juga tidak mustahil bahawa ia akan dijual dengan lencana Ralliart memandangkan sayap talaan dan perlumbaan rasmi itu kini sudah mula dihidupkan kembali di Malaysia.

MMM telah pun mengesahkan bahawa model generasi baharu Triton bakal dilancarkan di Malaysia pada suku pertama tahun 2024 dan dijangkakan ini mungkin edisi selamat tinggal dari Mitsubishi Malaysia terhadap Triton generasi sedia ada.

 

Sumber : Paultan

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy