passionately driven

Isuzu D-Max Berjaya Merekodkan Jualan Sebanyak 9,650 Unit Pada 2023

Isuzu D-Max, sebuah trak pikap telah menunjukkan prestasi yang hebat apabila jumlah jualan tahunan pada 2023 telah meningkat sebanyak 439 unit berbanding pada tahun 2022.

Rekod baru dengan jualan sebanyak 9,650 unit bagi tahun lalu menjadi bukti kepada kejayaan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh trak pikap berkenaan dan telah meraih banyak penggemarnya. Isuzu D-Max generasi ketiga telah berjaya membuka mata orang ramai dan menjadi trak pikap pilihan pengguna dengan rekod jualan dua tahun berturut-turut di Malaysia.

“Sejak D-Max generasi ketiga ini mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2021, minat terhadap model ini sentiasa konsisten dan tinggi disebabkan oleh ciri-cirinya yang canggih, karakter pemanduan yang cemerlang, pengoperasian yang versatil dan nilai yang menguntungkan. Model baru ini juga telah meluaskan lagi rangkaian pelanggan kami dengan mencatat peningkatan jualan sebanyak 185 peratus dan dalam masa yang sama turut mengekalkan pelanggan yang sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Dengan kepelbagaian jenis varian Isuzu D-Max untuk jualan, pelanggan telah dapat mengenal pasti model yang sesuai selari dengan kemahuan mereka, bermula dari varian Single Cab hinggalah kepada yang paling canggih X-Terrain Flagship.

Mengungguli carta sekali lagi adalah varian 1.9 liter standard yang telah menyumbang kepada 28 peratus jualan. Varian ini khususnya sangat popular disebabkan oleh penggantian enjin yang lebih menjimatkan dan turut menawarkan kadar cukai jalan dan kos penyelenggaraan yang rendah di samping masih dapat beraksi dengan kuasa dan torque yang hebat ketika memandu.

Permintaan untuk varian X-Terrain Flagship juga tidak kurang hebatnya pada tahun 2023, di mana prestasi off-roadnya yang sangat memuaskan. Walaupun masih baru dalam segmen trak pikap premium, Isuzu D-Max X-Terrain semakin ke hadapan dan meraih peningkatan jualan sebanyak 24.5 peratus sejak pelancarannya dengan ciri-ciri menarik seperti Advance Driving Assistance Systems (ADAS) dan waranti mileage 7 tahun tanpa had.

Disebabkan permintaan dan sambutan yang berterusan untuk Isuzu D-Max, jenama ini telah menduduki tempat ke-2 di Sabah, Kedah dan Pahang bagi segmen trak pikap dan tempat ke-3 seluruh dunia dengan kadar perkongsian pasaran sebanyak 16.6 peratus.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD