Menurut laporan NST, kadar sewaan bagi fasiliti Litar Sepang bakal meningkat bermula dari 1 April dan perkara ini telah disahkan oleh pihak Pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Harga sewaan bagi litar berkenaan telah meningkat pada hari Isnin hingga Jumaat sesi sebelah siang dari RM55,000 kepada RM70,000 atau 27 peratus lebih mahal dan pada sesi sebelah malam dari RM55,000 kepada RM78,000 atau 41 peratus lebih mahal.
Manakala kadar sewaan pada hujung minggu bagi sesi sebelah siang pula dari RM60,500 kepada RM88,000 iaitu 32 peratus lebih tinggi dan pada sesi sebelah malam pula dari RM60,500 kepada RM88,000 iaitu peningkatan sebanyak 45 peratus.

“Kenaikan kadar sewaan ini dibuat bagi memastikan litar yang diklasifikasikan sebagai gred satu oleh FIA tersebut terus beroperasi pada tahap ‘standard tertinggi’,” menurut CEO Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif. Harga-harga yang disebutkan ini turut lengkap dengan bantuan pegawai teknikal dan perubatan, ambulans dan kenderaan pemadam kebakaran, tukang cuci dan pengawal keselamatan serta akses kepada fasiliti-fasiliti tertentu.
Tambahnya lagi,“Keputusan ini adalah penting untuk menjaga kualiti kemudahan kami, meningkatkan perkhidmatan dan memudahkan penambahbaikan berterusan yang akan menyumbang kepada pengalaman pelanggan yang lebih baik. Notis awal ini disediakan untuk memastikan ketelusan dan memberi masa yang mencukupi untuk semua pelanggan dan pihak berkepentingan membuat persiapan yang diperlukan”.
Menurut laporan NST, SIC tidak pernah menaikkan kadar sewaannya sejak 2013 namun disebabkan kos operasi dan penyelenggaraan yang kian meningkat membuatkan SIC menaikkan kadar sewaannya sejak Januari tahun lalu.
Sumber : NST, Paultan
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?