Smart Malaysia telah mencatat kejayaan luar biasa dalam tempoh kurang daripada 2 bulan sejak pelancaran pada 21 November 2023 iaitu sebanyak 200 unit pendaftaran untuk smart #1. Teknologi canggih dalam kenderaan, pembelian yang mudah, reka bentuk yang menarik serta hadir dalam pilihan warna yang memukau dan menarik telah membuatkan ramai pengguna memberikan respon yang positif.
Smart Malaysia teruja untuk mengumumkan penambahbaikan kepada aplikasi Hello Smart sempena tahun baru di mana pemilik sekarang boleh membuat pembayaran dengan kad kredit atau debit untuk mengecas kenderaan mereka atau membeli data internet dalam kereta secara langsung melalui aplikasi. Harga data internet adalah pada 1GB untuk RM8, 3GB untuk RM21 dan 5GB untuk RM30.
Selain itu, antara keistimewaan utama dalam aplikasi ini adalah peta pengecasan terintegrasi, di mana akses kepada 70 peratus stesen pengecasan awam di seluruh negara. Pemilik kenderaan elektrik (EV) tidak perlu risau lagi tentang jarak stesen pengecas ketika memandu dengan stesen pengecas yang tersedia sepanjang laluan.
“Dengan pelancaran aplikasi Hello smart yang dinaik taraf ini, saya teruja untuk berkongsi bagaimana ia boleh mengubah perjalanan anda semasa perayaan. Aplikasi ini kini berfungsi sebagai teman perjalanan peribadi anda, menyediakan lebih daripada 70% informasi hentian pengecasan awam dan ia memperkenalkan pengalaman pembayaran yang lancar dengan kad kredit atau debit anda. Peningkatan ini mencerminkan dedikasi kami untuk memberikan anda pengalaman perjalanan yang luar biasa,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.