passionately driven

Penutupan Jalan di Kuala Lumpur Sempena Keberangkatan Pulang YDPA Pada 30 Jan

Sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebanyak 7 laluan di sekitar ibu negara akan melakukan penutupan penuh manakala 13 laluan akan ditutup secara berperingkat esok (30 Januari). Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman semalam.

Bermula dari jam 9 pagi jalan yang terlibat bakal ditutup sepenuhnya dan dibuka secara berperingkat adalah Jalan Damansara ke arah Jalan Parlimen (dari arah Istana Lama) dan Jalan Sultan Abdul Halim ke arah Jalan Parlimen, menurut Pengarah JSPT Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Parlimen, Jalan Kuching ke arah Bulatan Dato’ Onn, Jalan Salahudin ke arah Bulatan Dato’ Onn, Jalan Kuching/Jalan Sultan Ismail ke arah Bulatan Dato’ Onn dan Jalan Tun Perak ke arah Bulatan Dato’ Onn adalah antara jalan yang terlibat.

Selain itu, Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Damansara, Jalan Travers ke arah Jalan Damansara (dari arah Muzium Negara), Jalan Sultan Hishamuddin ke arah Jalan Damansara (dari arah Bulatan Hishamuddin), Jalan Tun Sambathan ke arah Jalan Damansara, Jalan Syed Putra ke arah Jalan Istana, Jalan Dewan Bahasa ke arah Jalan Istana, Jalan Sungai Besi ke arah KL-Seremban Expressway, Lingkaran Tengah/ Jalan Connaught dari arah Lebuhraya Syed Putra adalah jalan-jalan yang terlibat bagi penutupan sementara dari jam 9 pagi dan akan dibuka secara berperingkat.

Tidak cuma itu, antara lebuhraya yang terlibat bagi penutupan sementara adalah New Pantai Expressway (NPE) dari arah Pantai Dalam, Maju Expressway dari arah Tol Salak South, KESAS Highway dari arah Sungai Besi, KESAS Highway dari arah KL/Seremban Expressway dan SUKOM Interchange ke arah KESAS Highway.

“Susulan itu, JSPT Kuala Lumpur akan menempatkan 91 kekuatan yang terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis pada hari berkenaan bagi mengawal lalu lintas agar istiadat dapat berlangsung dengan jayanya.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui laluan yang terbabit dengan penutupan penuh bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi,” katanya.

Setelah 5 tahun Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019, tempoh pemerintahan beliau bakal tamat pada esok hari.

 

Sumber & Kredit Imej : Bernama

 

 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD