Sebanyak 27,288 Pinjaman pada 2023 Telah Diberikan oleh Proton Commerce

Proton telah mencapai rekod jualan yang tertinggi dan terbaik sejak tahun 2012 pada tahun lepas iaitu sebanyak 154,611 unit telah berjaya dijual. Ini merupakan kejayaan yang besar buat Proton kerana berjaya meningkatkan jualan selama 5 tahun berturut-turut dan Proton Commerce (PC) selaku sayap pembiayaannya turut merekodkan jumlah pinjaman yang paling tinggi diberikan untuk pinjaman setakat ini.

Proton Commerce telah menyediakan jalan penyelesaian pembiayaan bagi pembeli Proton dengan kerjasama antara Proton Edar dan CIMB Bank. Sejak penubuhannya, PC telah memberikan jumlah yang tertinggi pada 2023 iaitu sebanyak 27,288 pinjaman. Dengan menyaksikan lebih daripada 2,000 pinjaman pada setiap bulan selama 8 bulan daripada 12 bulan, Mac telah mencatat pinjaman tertinggi iaitu sebanyak 2,934 pinjaman yang didorong oleh tempoh Penjana SST ketika itu.

“Melihat kepada landskap perniagaan pembiayaan Proton, kadar perkongsian pasaran tahunan kami telah menunjukkan corak meningkat, dari 9 peratus pada 2018 kepada 18 peratus pada penghujung 2023, menjadikannya pencapaian tertinggi yang pernah kami perolehi setakat ini. Pada Januari dan Mac 2023, kedudukan pasaran kami memberangsangkan, dengan menjadi entiti kedua terbesar dari sudut perkongsian pasaran bagi tempoh berkenaan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Proton Commerce, Mooi Fi Phang.

PC telah menjadi pembiaya utama bagi model terlaris Proton, iaitu Proton Saga. PC telah menjadi pendahulu segmen kenderaan berkenaan sejak suku keempat 2023 dan dapat dilihat sebanyak 61 peratus loan yang dikeluarkan adalah untuk model tersebut pada 2023.

PC telah mensasarkan untuk menjadi pembiaya utama bagi Proton pada tahun ini yang merupakan ulang tahunnya ke-20. “Selain menepati kadar faedah semasa yang diberikan ketika pinjaman diluluskan, kami juga akan menawarkan pakej pembiayaan untuk model terkini Proton seperti X90 dan S70, dan turut melebarkannya kepada pelanggan EV yang berminat untuk membeli smart #1,” ujar Mooi.

“Dengan pembiayaan kadar tetap kami, pelanggan akan menikmati bayaran ansuran bulanan yang konsisten, memudahkan mereka yang menunggu kenderaan Proton dan membolehkan pengurusan perbelanjaan yang lebih baik kepada pelanggan,” tambahnya.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD