Berikutan dengan skandal ujian keselamatan oleh Daihatsu, Toyota juga tidak terkecuali di mana beberapa masalah telah timbul semasa ujian pensijilan beberapa enjin diesel.
Dalam satu kenyataan, Toyota Industries Corporation (TICO) yang bertanggungjawab untuk membangunkan enjin diesel ini, mendedahkan perbezaan semasa ujian keluaran kuasa horsepower bagi tiga model enjin diesel. Siasatan mendapati bahawa semasa ujian pensijilan, kuasa horsepower yang diukur menggunakan software ECU adalah berbeza daripada yang digunakan semasa jumlah produksi yang besar menyebabkan hasil menjadi lebih lancar dengan variasi yang kurang.
Kredit Imej : Paultan
Antara sepuluh model kenderaan yang terjejas iaitu 1GD, 2GD dan F33A di peringkat global, termasuk 6 di Jepun, Land Cruiser Prado dari Ogos 2020 (sehingga diberhentikan), HiAce dari 2017, Hino Dyna dari Mei 2021, Hilux buatan Thailand dan Fortuner buatan Indonesia dari Mei 2020.
Bagi 2.4 liter 2GD, enjin yang dikatakan terjejas boleh dijumpai di Hilux Thai-assembled dan Innova Indian-built dari Mei 2020. Yang terakhir, 3.3 liter V6 F33A terdapat dalam model Land Cruiser 300 dan model-model LX 500d yang dibina oleh anak syarikat Toyota Auto Body.
Berdasarkan hasil dari siasatan, TICO telah membuat keputusan untuk menangguhkan penghantaran enjin yang terjejas dan secara tidak langsung kenderaan yang dilengkapi dengan enjin yang terjejas untuk sementara. Walau bagaimanapun, enjin dan kenderaan yang sedia ada telah diperiksa dan pihak TICO telah mengesahkan semua kenderaan mematuhi standard prestasi, dan pengguna tidak perlu menghentikan penggunaan mereka.
Toyota berjanji untuk memberikan penjelasan terperinci kepada pihak berkuasa dan mengambil langkah-langkah yang sesuai pada masa akan datang, termasuk melakukan ujian di hadapan saksi jika perlu.
Sumber : Paultan