Harga Terkini BMW 2024 – Peningkatan Ketara untuk Model iX sehingga RM15,000

BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baru pada tahun ini yang melihatkan peningkatan hampir pada kesemuanya dan kebanyakan kenaikan harga ini adalah disebabkan oleh pakej jaminan 5 tahun dan servis yang ditawarkan.

Hanya model i5 sahaja yang masih mengekalkan harga sama, yang telah dilancarkan pada November tahun lepas. Bagi varian elektrik 5 series G60 ini masih dijual dengan harga RM399,500 atau RM419,800 dengan pakej servis serta jaminan lanjutan.

Berbanding model-model lain, semua menyaksikan peningkatan harga sebanyak RM1,480 lebih mahal untuk 218i Gran Coupe, atau RM3,600 dengan jaminan lanjutan. Selain itu, anda perlu membayar RM680 lebih atau RM3,900 dengan jaminan lanjutan untuk 5 series G30 dan Gran Turismo 630i. Manakala model 3 series pula naik RM5,200 atau RM10,200 dengan jaminan lanjutan.

Berikutnya kepada model 7 series, sebanyak RM7,100 atau RM13,600 dengan jaminan lanjutan. Bagi segmen SUV, tambahan harga sebanyak RM5,900 untuk X1, RM4,240 lebih atau RM5,800 dengan jaminan lanjutan untuk X3, RM2,240 lebih atau RM3,700 dengan jaminan lanjutan untuk X4 xDrive30i, RM7,180 lebih atau RM13,300 dengan jaminan lanjutan untuk X6 xDrive40i dan RM8,340 lebih atau RM13,200 dengan jaminan lanjutan untuk X7.

bmw-malaysia-price-list-2024

Kredit Imej : Paultan

Bagi X5 model generasi ke-empat G05 versi facelift LCI, harga rasminya baru sahaja didedahkan beberapa hari lepas dengan satu-satunya varian iaitu xDrive50e M Sport plug-in hybrid telah dijual pada harga lebih daripada xDrive45e sebelum ini iaitu sebanyak RM30,180 lebih atau RM36,300 dengan jaminan lanjutan.

Kredit Imej : Malaysia Gazette

Walaupun terdapat beberapa model yang harga asasnya tidak naik, anda masih perlu membayar harga tambahan untuk mendapatkan pakej jaminan lanjutan yang harganya sudah naik. Antara RM2,120 untuk M135i sehinggalah RM13,350 untuk XM Label Red.

Beralih kepada model elektrik iX, harga asas masih sama sepeti tahun lepas, tetapi jika anda mahukan jaminan 5 tahun, anda perlu membayar RM14,380 lebih kepada RM18,370 yang sudah dibayar.

Peningkatan paling besar adalah pada model M iaitu sebanyak RM6,760 atau RM18,400 lebih dengan jaminan lanjutan untuk M2, RM8,810 atau RM25,800 lebih dengan jaminan lanjutan untuk M3, RM13,350 atau RM26,700 dengan jaminan lanjutan untuk XM bukan Label Red dan RM11,810 atau RM28,800 lebih dengan jaminan lanjutan untuk M4.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD