BYD Menerajui Pasaran EV Malaysia pada 2023

Sime Darby Beyond Auto (SDBA), pengedar eksklusif BYD di Malaysia, meraikan pencapaian tahun 2023 yang cemerlang dengan BYD muncul sebagai pemimpin pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia.

Pada awal bulan ini, SDBA telah menyambut ketibaan tahun 2024 bersama dengan sambutan Tahun Baru Cina yang cukup gilang-gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tidak cuma itu, pencapaian yang lebih membanggakan adalah apabila 660 tempahan telah diterima pada hujung minggu bagi model BYD Atto 3 dan BYD Dolphin selepas acara tersebut.

Berikutan dengan sambutan yang menggalakkan dari pelanggan, SDBA bakal melancarkan promosi yang menarik, tawaran eksklusif dan kempen hebat dengan kadar faedah 0 peratus. Inisiatif ini dilakukan kepada pemandu di Malaysia yang ingin beralih kepada kenderaan elektrik (EV).

BYD Atto 3 telah berjaya menempah nama sebagai model pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan harga yang menarik, menjadikan pemilikan EV lebih mudah bagi ramai orang dan sesuai bagi seisi keluarga. Selain dari harga yang berpatutan, BYD Atto 3 membezakan dirinya sebagai SUV pertama yang dibina menggunakan e-platform 3.0 lanjutan BYD dengan jarak perjalanan hebat sehingga 480km dengan satu cas.

Selain dari itu, SDBA juga telah membuka pra-tempahan bagi model terbaru mereka iaitu BYD Seal pada 19 Januari yang lalu. Para pelanggan yang berminat untuk mendaftar, boleh layari laman web rasmi baharu yang telah dilancarkan semula di https://byd.simedarbymotors.my/.

Pelbagai varian dan warna yang menarik telah disediakan dan hanya dengan yuran pra-tempahan sebanyak RM1,000, pelanggan yang berminat sudah boleh mengesahkan status mereka sebagai salah seorang pembeli terawal BYD Seal yang menjadi idaman ramai orang.

Apa yang lebih berbaloi, yuran ini adalah sebahagian daripada harga kenderaan dan bayaran muka, dengan pengembalian wang tempahan yang tertakluk kepada terma dan syarat.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Darby Motors, berkata, “Pencapaian kami mencatatkan jualan EV tertinggi pada 2023 mencerminkan sokongan dan kepercayaan kukuh yang diberikan oleh pengguna Malaysia terhadap BYD. Rangkaian sokongan selepas jualan kami yang menyeluruh di seluruh negara ialah pembeza penting kejayaan kami. Kami teruja untuk menyediakan perkhidmatan luar biasa dan penjagaan teknikal kepada semua pemilik BYD dan selanjutnya.”

“Dengan kehadiran BYD Seal yang amat dinanti-nantikan, SDBA kekal komited untuk menggalakkan penggunaan EV di Malaysia dan yakin ini akan mengukuhkan lagi kedudukan BYD sebagai pemimpin dalam sektor automotif negara yang kian berubah.”

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD