WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), sebuah anak syarikat sepenuhnya oleh Warisan TC Holdings Bhd, telah memperlihatkan sebuah Sports Utility Vehicle (SUV) kompak iaitu GAC GS3 EMZOOM pada hari ini dan telah membuka tempahan dengan yuran sebanyak RM1,000 dan untuk 100 tempahan pertama bakal dijemput ke acara peribadi.
Menurut Chief Executive Officer TC Holdings, Tan Keng Meng, “Hari ini menandakan satu pencapaian yang besar buat kami di antara kerjasama antara GAC Motor dan GAC AION. Kami juga teruja untuk memperkenalkan barisan model GAC kepada para tetamu, termasuk GAC GS3 EMZOOM, sebuah SUV kompak dari kami dan akan datang bakal ada 2 lagi model yang WTCA akan kenalkan ke pasaran Malaysia lewat tahun ini.”
GAC GS3 EMZOOM ini didatangkan dengan 2 varian iaitu Exclusive dan Premium-R. Dijangkakan harga bagi model ini di bawah RM130,000, ia hadir dengan 4 pilihan warna yang menarik iaitu Ivory White, Starlight Silver, Lake Blue dan Graphene Grey.
Rekaan luarannya didatangkan dengan Mecha Wing Grille yang ikonik, Lampu LED Laser Eye Split dan Lampu Light Dark Tail. Melengkapkan lagi model ini adalah spoiler kecil ducktail-style yang diacu untuk pembinaan badan, yang kebiasaannya dijumpai di kereta yang lebih eksotik dan mewah. Tidak dilupakan, Elektrik Hidden Door Handles kepada Crystal Shift Gear Selector yang jika digabungkan, menyerlahkan lagi rekaan kereta ini.
Dengan kapasiti enjin 1.5T GDI generasi ke-3, GS3 EMZOOM ini mampu menghasilkan 270 Nm pada 1,400 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 177 Ps pada 5500 rpm. Penggunaan bahan api bagi model ini adalah 5.9 liter/100 kilometer.
Memasuki ruang dalam, GAC GS3 EMZOOM didatangkan dengan ruang kabin yang sangat luas dan lebar, menampilkan dual-tone interior yang telah menaikkan lagi suasana kesuluruhan dengan rekaannya yang berkonsepkan kontemporari. Dalamannya yang menonjolkan aura premium dan mewah, ditambah lagi dengan sentuhan yang moden dan tidak lupa juga teknologi tinggi di hujung jari anda.
Para pelanggan yang berminat boleh berkunjung ke Roving Activation Event di Lembah Klang dari 2 hingga 8 Februari 2024 ini. Ikuti laman web rasmi GAC Motor Malaysia di semua platform media sosial untuk acara terkini. Selain itu, WTCA juga berkongsi bahawa versi CKD akan bermula produksi dalam suku kedua tahun ini di Tan Chong Motor Assemblies plant (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur.
Bilik pameran pertama dijangka akan dibuka di Petaling Jaya pada akhir bulan Februari 2024, diikuti dengan 5 lagi bilik pameran yang terletak di Glenmarie, Cyberjaya, Seremban, Johor Bahru dan Penang pada suku pertama tahun 2024, tambah beliau.