passionately driven

GAC EMKOO 2024, SUV Segmen-C Diperlihatkan di Malaysia

Selain GAC GS3 EMZOOM yang telah dibuka untuk tempahan hari ini, sebuah model SUV segmen-C, GAC EMKOO turut diperlihatkan oleh Warisan Tan Chong Automotif (WTCA). GAC EMKOO bakal dilancarkan dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi dan ia menampilkan rekaan gril Borderless V-Shape yang elegan dan garang.

nazznco-gac-emkoo-2024-16

Rekaan lampu utamanya menggunakan LED penuh yang dikenali sebagai “Eyes of Revelation” dan dibangun menggunakan platform Global Platform Modular Architecture (GPMA). Ia juga didatangkan dengan rekaan bahagian belakangnya yang mempunyai garis badan yang tajam, menyerupai anak panah yang bersedia untuk menembak, menambahkan lagi imej yang sporty dan dinamik.

nazznco-gac-emkoo-2024-20

Di bahagian dalam, GAC EMKOO menampilkan ruang kabin yang penuh dengan teknologi digital. Kluster instrumen digital dengan penampilan semi-floating menyerlahkan lagi elemen moden dan canggih. GAC EMKOO ini berukuran 4,680 mm panjang, 1,901 mm lebar dan 1,670 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,750 mm.

nazznco-gac-emkoo-2024-2

Tidak banyak maklumat dan perincian rasmi yang dikongsi setakat ini. Unit yang ditunjukkan pada hari ini juga merupakan versi CBU dan tidak menggambarkan spesifikasi sebenar untuk pasaran Malaysia. Maklumat lanjut dan terkini versi pasaran tempatan bakal diumumkan menjelang hari pelancarannya kelak.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD