Lewis Hamilton Sertai Ferrari Untuk Musim 2025, Tinggalkan Pasukan F1 Mercedes

Juara 7 kali Formula One (F1), Lewis Hamilton, bakal meninggalkan pasukan Mercedes sebaik kontraknya tamat pada akhir tahun ini selepas 12 tahun bersama.

Apa yang lebih mengejutkan, akaun rasmi Scuderia Ferrari di platform X telah memuat naik posting bahawa Lewis Hamilton akan menyertai Ferrari pada musim 2025. Difahamkan, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat oleh Ketua Pasukan Mercedes mengenai perkara tersebut kepada seluruh pasukan terbabit mengenai keputusan itu.

nazznco-article-cover-3

Sejak musim 2013 lagi, Hamilton telah berlumba untuk pasukan Mercedes dan telah memenangi 6 daripada 7 gelaran dunia bersama pasukan itu, dengan satu daripadanya diraih di pasukan McLaren pada awal kariernya.

Dengan pengumuman rasmi ini, ini bermakna Hamilton akan menggantikan tempat Carlos Sainz yang kontraknya akan berakhir musim ini dan terpaksa memberi laluan kepada juara 7 kali F1 tersebut. Tidak dilupakan, Charles Leclerc yang turut akan menandatangani kontrak jangka panjang dalam masa terdekat.

nazznco-article-cover-2

Hamilton juga pernah mengeluarkan kenyataan pada Mei 2023 bahawa dia tidak menolak peluang untuk menyertai pasukan lain dan tidak memberi jaminan akan menamatkan karier F1 nya bersama Mercedes. “Saya melihat pelumba Ferrari di trek dan pernah terfikir bagaimana keadaan saya jika menyarung sut perlumbaan berwarna merah,” jelasnya.

Pastinya semua peminat terkejut menerima berita ini dan berasa teruja untuk menantikan perlumbaan pada musim 2025!

 

Sumber : Kosmo

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD