NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Syarikat EV Lain Bakal Dimusnahkan Dengan Kehadiran EV China – Elon Musk

Syarikat EV Lain Bakal Dimusnahkan Dengan Kehadiran EV China – Elon Musk

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Elon Musk, CEO Tesla Motors, ketika pengumuman kewangan Tesla untuk suku ke-empat 2023, bahawa dengan kehadiran kenderaan elektrik (EV) dari China bakal memusnahkan syarikat EV negara lain jika tidak dihalang dalam masa terdekat.

Berbanding dengan kenderaan yang telah dikeluarkan oleh Tesla sendiri, EV keluaran China telah dijual dengan harga yang lebih mampu milik dan tiada sekatan pada peringkat perdagangan telah dikenakan pada syarikat-syarikat EV dari China.

nazznco-article-cover-2

Perkara ini telah dibuktikan apabila Tesla tidak mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan pada suku tahun yang lalu. Selain itu, BYD juga telah memintas Tesla sebagai pengeluar EV nombor 1 di dunia pada penghujung tahun lalu.

nazznco-article-cover-3

Kredit Imej : Berita Harian

Walaupun permintaan EV berkurang di China, mereka masih berjaya untuk mengeksport kenderaan elektrik (EV) yang telah dihasilkan untuk pasaran luar negara dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan syarikat-syarikat automotif gergasi seperti Tesla, Honda, Hyundai, Kia dan Ford.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy