Pada 3 Februari lalu, sebuah kenderaan rasmi menteri yang telah dinaiki oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dikatakan mengekori rapat ambulans yang dalam mod kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan. Isu ini telah tular di laman Facebook di mana Fadzilah Hashim telah memuat naik gambar beserta status yang jelas menunjukkan situasi itu.
Berikutan dengan isu ini, Nga Kor Ming telah mengeluarkan kenyataan balas berkaitan dengan isu ini di laman Facebook beliau. Berikut adalah kenyataan media beliau:
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, keterangan pemandu kenderaan menteri terbabit telah dirakam oleh pihak polis. Siasatan awal mendapati lelaki yang merupakan pemandu kenderaan menteri tersebut sedang dalam perjalanan ke Rumah Pangsa Jalan Silang di Ipoh bersama dengan Nga Kor Ming, menurut laporan dari Harian Metro.
Tambahnya lagi, beberapa saksi awam turut akan dipanggil bagi membantu siasatan, selain pemandu itu. Tidak dilupakan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) PLUS dan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) ambulans akan turut diperolehi. Kes ini disiasat mengikut Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Sumber : Paultan, Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?