NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pasangan Suami Isteri Maut, Rempuh Mitsubishi Triton Berhenti di Lorong Kecemasan

Pasangan Suami Isteri Maut, Rempuh Mitsubishi Triton Berhenti di Lorong Kecemasan

Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan telah dirempuh oleh sepasang suami isteri yang menaiki motosikal dan maut di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, di Hulu Selangor semalam.

Kedua-dua mangsa yang berusia 36 dan 38 tahun yang menaiki Yamaha NMAX telah terpelanting lalu terkena pada sebuah kereta yang melalui lokasi pada kira-kira jam 11.05 pagi.

Hasil siasatan telah dijalankan oleh pihak polis dan menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, pasangan suami isteri itu didapati sedang dalam perjalanan pulang daripada bercuti dari Kamunting, Perak menuju ke Kuala Lumpur.

Kedua-dua mangsa disyaki tidak perasan akan Mitsubishi Triton yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. “Motosikal itu kemudian melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda menyebabkan mereka terpelanting di sebelah kanan jalan dan terkena pada Toyota Vios yang sedang melalui tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, malam Isnin.

Kedua-dua mangsa didapati mengalami kecederaan yang parah di kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu, menurut Ahmad Faizal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pihak polis meminta bagi orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

 

Sumber & Kredit Imej : Buletin TV3

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy