Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), berikutan dengan sambutan Tahun Baru Cina, Op Selamat 21 telah dijalankan pada minggu lepas dan telah mencatat sebanyak 17 kematian dan 1,558 kemalangan jalan raya setakat hari ini.
Statistik menunjukkan bahawa 1,558 kenderaan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sepanjang operasi dijalankan. Tambah pihak polis lagi, Op Selamat 21 telah bermula pada Khamis lepas dan telah tamat pada hari ini.
Jalan Persekutuan mencatatkan peratusan tertinggi kemalangan maut iaitu 36 peratus atau 5 kes, manakala jalan negeri pula mencatatkan 29 peratus atau 4 kes. Lebuhraya menyumbang 14 peratus atau 2 kes kemalangan maut, manakala jalan bandar menyaksikan 7 peratus atau satu kes, dengan jalan jenis lain menyumbang 14 peratus atau 2 kes.
Menurut laporan New Straits Times, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah dibantu oleh Unit Drone pasukan Operasi Udara Polis untuk pemantauan udara di 3 zon iaitu zon utara, selatan dan timur.
Pihak polis juga telah bekerjasama dengan pihak PLUS Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Sumber : Paultan
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?