NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Presiden dan Pengerusi Daihatsu Letak Jawatan – Skandal Keselamatan Daihatsu 2023

Presiden dan Pengerusi Daihatsu Letak Jawatan – Skandal Keselamatan Daihatsu 2023

Daihatsu Motor Co. Ltd telah mengumumkan struktur kepimpinan baru yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Mac ini. Melalui kenyataan bersama oleh Daihatsu dan Toyota Motor Corporation (TMC), pengerusi terkini, Sunao Matsubayashi, dan presiden terkini, Soichiro Okudaira, telah meletakkan jawatan mereka.

Kini, Daihatsu akan dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif bagi Toyota Amerika Latin, Masahiro Inoue sebagai presiden baharu Daihatsu Motor dan akan disertai oleh Masanori Kuwata sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi memulihkan semula kepimpinan dalam syarikat tersebut selepas terpalit dengan isu skandal pensijilan keselamatan kenderaan.

Menurut CEO Toyota, Koji Sato, operasi luar negara akan diletakkan di bawah seliaan Toyota dan pucuk kepimpinan utama Daihatsu akan digantikan. “Untuk Daihatsu dilahirkan semula sebagai sebuah syarikat yang sepatutnya, ini adalah apa yang kami percaya perlu dibuat,” ujar Sato kepada pemberita.

Syarikat tersebut turut memohon maaf kepada semua pelanggan, pembekal, pengedar, komuniti pekerja di kilang-kilang mereka dan pihak berkepentingan berkenaan skandal ujian keselamatan Daihatsu. Menurut Okudaira, produksi 10 model yang terjejas akan disambung semula pada 26 Februari ini.

Commercial Japan Partnership Technologies (CJPT) juga telah mengesahkan pengunduran Daihatsu daripada syarikat kerjasama yang turut disertai oleh Toyota dan Suzuki. Toyota telah mendapat 10 peratus pegangan Daihatsu dalam CJPT dan langkah yang sama turut akan dilakukan dalam syarikat baharu Commercial Japan Partnership Technologies Asia Co. Ltd yang ditubuhkan di Thailand pada tahun lepas.

 

Sumber : The Japan Times, Toyota

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
  1. Ramai Mati terbengkalai body tercampak keluar kereta bila accident tu selama 30 tahun ni apa cerita.

    • Body tercampak keluar tu sbab xpakai seat belt.. kau pakai Volvo tu kalau dh xpakai seat belt mmg tercampak gak.. lain kali nk komen pakai otak sikit..

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy