Tular Video Kanak-Kanak Keluarkan Kepala Melalui Sunroof – Pemandu Kenderaan Disiasat

Sebuah video telah tular di mana 2 orang kanak-kanak telah mengeluarkan kepala menerusi bumbung suria (sunroof) sebuah kenderaan yang sedang bergerak dipercayai di Persiaran Putra Perdana, Putra Height. Laporan telah diterima oleh Polis Subang Jaya dan pemandu kenderaan tersebut telah dipanggil untuk beri keterangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, hasil siasatan awal rakaman percakapan pengadu iaitu Penolong Ketua Balai Polis Putra Height telah menyaksikan video tersebut yang dirakam menerusi dashcam kenderaan di belakang semasa kejadian yang memaparkan dua orang kanak-kanak kelihatan mengeluarkan kepala dan separuh badan menerusi sunroof.

“Semakan mendapati pemilik kenderaan tersebut merupakan seorang warga tempatan beralamat di sekitar kawasan Putra Height. Suspek akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 (kecuaian terhadap kanak-kanak).

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 0378627100 bagi membantu siasatan,” katanya.

Walaupun melalui jalan raya yang sedang tidak sibuk, ia tetap boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak berkenaan. Sebelum berlaku insiden yang tidak diingini, cegahlah ia sebelum terlambat.

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD