passionately driven

Pekerja Didakwa Pandu Uji Honda Milik Pelanggan Sehingga Kemalangan

Baru-baru ini tular sebuah klip video berdurasi 37 saat yang memaparkan sebuah Honda Accord terbabas dan telah melanggar beberapa kenderaan lain di kawasan parkir. Video itu telah dimuatnaik di platform X oleh seorang pengguna @druglordfxdl dan dipercayai pekerja kedai tersebut sedang memandu uji kereta tersebut sebelum kemalangan berkenaan berlaku.

nazznco-article-cover-honda-accord-acccident-twitter

Umum mengetahui bahawa apabila kita menghantar kereta kita yang mengalami kerosakan di bengkel, pastinya pekerja akan memeriksa dan memandu uji kereta tersebut terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pemilik kenderaan untuk memastikan kenderaan tersebut telah baik sepenuhnya atau pun tidak.

Nasib tidak menyebelahi pekerja bengkel tersebut di mana kemalangan telah terjadi dan telah mengakibatkan beberapa kenderaan lain seperti Proton Persona, Proton Wira dan Perodua Axia terjejas. Insiden terbabit dipercayai terjadi di pintu ketiga UiTM Puncak Alam semalam.

Menerusi hantaran video yang telah dimuatnaik itu, ramai pengguna lain yang telah meluahkan perasaan tidak puas hati akan sikap pekerja tersebut yang menguji kenderaan tersebut di tempat yang tidak sesuai. Netizen juga ingin pihak bengkel bertanggungjawab sepenuhnya kerugian yang dialami oleh pemilik Honda Accord tersebut dan juga kenderaan-kenderaan lain yang turut terjejas.

Banyak lagi insiden seperti ini yang pernah berlaku di mana pekerja kemalangan sewaktu sedang memandu uji kenderaan pelanggan seperti pekerja kedai kecantikan kereta terbabas melanggar pokok ketika memandu Mini Cooper pelanggan dan banyak lagi. Pekerja di bengkel perlulah berhati-hati dan pandu secara berhemah agar kejadian seperti ini dapat dielakkan.

 

Sumber & Kredit Imej : Vocket

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD