NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Mercedes-Benz Terbakar, Dua Individu Sempat Selamatkan Diri

Mercedes-Benz Terbakar, Dua Individu Sempat Selamatkan Diri

Sebuah kereta jenis Mercedes telah terbakar di Lebuhraya Utara Selatan pada hari Ahad semalam dan telah melibatkan seorang pemandu dan seorang penumpang yang berjaya menyelamatkan diri mereka.

Pusat Gerakan Operasi Kedah telah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.18 petang dan mengarahkan jentera serta anggotanya ke lokasi kejadian, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali.

Tambahnya lagi, kebakaran ini melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz CFA 200 dan ketika dua jentera dari BBP Guar Chempedak tiba, ia telah terbakar hampir 90 peratus di bahu jalan lebuh raya.

nazznco-article-cover-mercedes-terbakar-highway-3

“Setibanya di lokasi kejadian didapati pemandu kereta sudah keluar dan tidak ada orang dalam kereta terbabit. Menurut pemandu selepas menyedari kereta nya keluar asap, dia segera memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira pada jam 4.08 petang.

nazznco-article-cover-mercedes-terbakar-highway-2

 

Sumber : Sinar Harian

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy