NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Konsesi Tol Lebuhraya di KL Boleh Dipertimbangkan, Tunggu Kewangan Malaysia Pulih – PMX

Konsesi Tol Lebuhraya di KL Boleh Dipertimbangkan, Tunggu Kewangan Malaysia Pulih – PMX

Menurut laporan FreeMalaysiaToday, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkongsi bahawa konsesi tol bagi lebuhraya di sekitar Kuala Lumpur boleh dipertimbangkan semula apabila keadaan kewangan di Malaysia sudah kembali pulih semasa sesi dialog Malaysia MADANI pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Beliau bersetuju bahawa terlalu banyak plaza tol di sekitar ibu negara, namun pemansuhan tol tidak dapat dilakukan lagi kerana pihak kerajaan terikat dengan perjanjian bersama syarikat konsesi. Ia juga bakal menyebabkan perbelanjaan tambahan kepada pihak kerajaan disebabkan perjanjian tersebut.

Selain itu, apabila kerajaan mansuhkan tol, syarikat konsesi lebuhraya perlu diberi pampasan kerana pihak kerajaan telah terikat dengan perjanjian bersama pemegang konsesi. “Apabila negara menjadi kukuh dari segi kewangan, kita boleh berunding semula,” kata Anwar, sambil menambah bahawa perkara berkaitan tol diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Beberapa pemegang konsesi telah terlibat semasa rundingan antara kerajaan dan pemegang konsesi tol lebuhraya bermula pada 17 November 2023 dan antaranya ialah Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR), Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas), IJM, ANIH dan PLUS, menurut Timbalan Menteri Kerja Raya ketika itu Abdul Rahman Mohamad.

Lebuhraya di bawah ALR termasuk LDP, Sprint, Kesas dan Terowong Smart, sementara Prolintas pula mengendalikan AKLEH, Leburaya Koridor Guthrie, LKSA, Kajang SILK, SUKE dan DASH. Manakala IJM pula merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Besraya, NPE, LEKAS dan Lebuhraya Pantai Barat di bawah pengurusan WCE Holdings.

PLUS pula mengendalikan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Utara-Selatan Linkaran Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Begitu juga dengan Lebuhraya Lingkaran Kedua Malaysia-Singapura dan Jambatan Pulau Pinang.

 

Sumber : FreeMalaysiaToday

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy