NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penerbangan Kelas Ekonomi Aidilfitri ke Sabah, Sarawak dan Labuan – Maksimum RM599

Penerbangan Kelas Ekonomi Aidilfitri ke Sabah, Sarawak dan Labuan – Maksimum RM599

Kerajaan telah mengumumkan dan menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi ke Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM599 semasa perayaan Aidilfitri pada tahun ini nanti. Ia bakal berkuatkuasa 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bagi menyelesaikan masalah harga tiket yang mahal dan untuk memastikan semua orang dapat pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

“Dalam Semenanjung kita tak ada harga maksimum sebab di Semenanjung ada pilihan pengangkutan lain seperti bas, kereta api dan sebagainya, sebaliknya bagi Sabah dan Sarawak tidak ada pilihan maka kerajaan menetapkan harga maksimum,” tambah beliau.

Kita sering melihat pada setiap tahun bahawa harga tiket melambung naik kerana terdapat permintaan yang banyak dari orang ramai. Namun, untuk tahun ini, kadar tiket maksimum telah ditetapkan kepada RM599 dan lebih dari itu akan ditanggung sepenuhnya melalui subsidi kerajaan sepanjang 3 hari tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau akan meminta pandangan dari semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengesahkan tarikh sebenar perayaan Aidilfitri sebelum melaksanakan penetapan harga tiket itu.

Menurut beliau lagi, “Selain harga maksimum yang sudah ditetapkan itu, ada syarikat penerbangan seperti Air Asia yang mengambil inisiatif menetapkan harga tetap tambang lebih murah namun penerbangan hanya pada waktu malam sahaja.”

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy