NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu Myvi Lawan Arus di Lebuhraya PLUS

Pemandu Myvi Lawan Arus di Lebuhraya PLUS

Sebuah video berdurasi 20 saat telah tular menerusi laman X yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna @anthraxxx781 yang memaparkan sebuah kereta model Perodua Myvi berwarna perak telah memandu lawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan di Johor. Rakaman video tersebut merupakan rakaman dashcam dari sebuah kenderaan yang sedang memandu ketika itu di Lebuhraya PLUS.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa sebuah Honda City Hatchback yang sedang memandu di lorong laju di hadapan telah memandu perlahan secara tiba-tiba dan kemudian bertindak memberhentikan kenderaan secara drastik. Hal ini kerana, Honda City terbabit hampir bertembung dengan Perodua Myvi yang sedang memandu melawan arus.

Tiada kemalangan telah berlaku kerana Honda City terbabit dan kenderaan yang sedang memandu di belakangnya juga berjaya memandu secara perlahan. Walau bagaimanapun, ini adalah tindakan yang sangat merbahaya kepada orang sekeliling dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah memberi peringatan bahawa tindakan boleh diambil jika didapati bersalah  di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Penjara selama tempoh tidak lebih 5 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 sehingga RM15,000 boleh dikenakan jika disabit kesalahan. Selain itu, pemandu yang disabit atas kesalahan ini juga akan ditarik kelayakannya dari memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh 5 tahun dari tarikh sabitan.

 

Sumber : Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy