passionately driven

Pemandu Hilux Lempar Objek Besi Berjaya Ditahan, Positif Dadah

Suspek yang telah melempar objek besi kepada kereta peronda polis dalam kejadian kejar mengejar di Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Taiping telah berjaya diberkas oleh pihak polis semalam.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, empat suspek lelaki warga tempatan itu didapati melakukan kegiatan mencuri kabel sebelum kejadian kejar mengejar itu terjadi dan berjaya ditahan di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah. Suspek berusia di antara 38 hingga 42 tahun itu akhirnya ditahan di cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh.

Kredit Imej : Sinar Harian

“Polis sebelum itu menerima maklumat kejadian mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya Timur pada 19 Februari lalu. Bertindak atas maklumat tersebut polis cuba menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dalam keadaan mencurigakan dan telah melarikan diri,”katanya.

Susulan daripada itu, beberapa buah kereta peronda polis telah ditugaskan untuk mengejar kenderaan suspek jenis Toyota Hilux sehingga ke Lebuhraya Utara-Selatan. Susulan dari kejadian kejar mengejar itu, dua anggota polis cedera selepas suspek melempar objek besi kepada kereta peronda polis mereka.

Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif metafetamin dan mereka akan direman empat hari hingga 1 Mac. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kabel serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

2 anggota polis terbabit berusia 29 dan 38 tahun dan kecederaan yang dialami adalah luka di kepala dan sakit di beberapa bahagian badan termasuk dada dan tengkuk selepas kereta peronda jenis Honda Civic 1.8 (SPANCO) dinaiki hilang kawalan.

 

Sumber : Careta

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD