NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Treler Tepung Terbalik, Lebuhraya PLUS Sesak Lebih 20 KM

Treler Tepung Terbalik, Lebuhraya PLUS Sesak Lebih 20 KM

Sebuah treler muatan tepung telah terbalik di Kilometer 292.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan hari ini dan telah mengakibatkan seorang lelaki tersepit dan mengalami kecederaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pemandu treler berusia dalam lingkungan 40-an itu mengalami kecederaan di bahagian dada dan kaki.

Pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan itu kira-kira pada jam 9.06 pagi tadi dan telah mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dan BBP Gopeng bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah treler membawa muatan tepung terbalik dan didapati seorang pemandu lelaki tersepit serta mengalami kecederaan. Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan power unit dan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya dan kerja-kerja pembersihan jalan di lokasi kemalangan telah dijalankan oleh pihak bomba agar selamat dilalui oleh pengguna jalan raya yang lain.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy