NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Data Bagi Rekod Kematian Bakal Dikeluarkan Setiap Hari oleh Kerajaan – Tingkatkan Kesedaran

Data Bagi Rekod Kematian Bakal Dikeluarkan Setiap Hari oleh Kerajaan – Tingkatkan Kesedaran

Kerajaan berhasrat untuk mengeluarkan statistik kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya bagi meningkatkan lagi kesedaran umum terhadap keselamatan di jalan raya. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan polis bagi menyediakan data dan akan dikeluarkan setiap hari.

“Kita mahu jadikan ini sebagai dasar supaya dapat disiarkan oleh semua media. Kami mengharapkan kerjasama semua media termasuk media cetak untuk menyebarkannya kepada umum bagi meningkatkan kesedaran,”katanya, seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Seperti yang dilakukan oleh laman web CovidNow, yang menyediakan kemaskini data berkaitan berkaitan Covid-19 semasa pandemik, data itu boleh diakses dalam talian.

“Semasa Covid-19, data kematian dikeluarkan setiap hari. Laporan mestilah serupa dengan format tersebut. Kita mahu maklumkan kepada orang ramai bahawa kemalangan jalan raya sama bahayanya dengan Covid-19,” katanya.

Keputusan untuk melaksanakan rancangan ini diputuskan semasa mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Kami mahu mengubah minda,” katanya.

Loke turut mengumumkan bahawa statiktik terkini kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya bagi tahun 2023 telah merekodkan sejumlah 6,443 kematian, menjadikannya angka tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Statistik ini menunjukkan lebih kurang purata 18 kematian setiap hari atau kematian setiap 80 minit.

“Daripada jumlah itu, hampir 2/3 daripadanya melibatkan kemalangan motosikal, dengan 4,448 kematian yang direkodkan pada tahun lalu. Dengan purata 12 kematian sehari dan bermakna setiap dua jam, berlaku kemalangan maut melibatkan motosikal,” katanya.

 

Sumber : The Star

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy