NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penutupan Kilang Goodyear di Shah Alam Jejas Operasi Pelbagai Negara, Bukan Malaysia Sahaja

Penutupan Kilang Goodyear di Shah Alam Jejas Operasi Pelbagai Negara, Bukan Malaysia Sahaja

Antara syarikat tayar yang sudah lama di Malaysia, Goodyear akan mula menutup operasi kilang mereka di Shah Alam bermula 30 Jun dan akan selesai sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang telah mengumumkan bahawa tindakannya menutup operasi kilang mereka adalah kerana mahu mengoptimakan operasi syarikat tersebut dan untuk menurunkan kos operasi tahunan Goodyear sebanyak US$1 billion.

Goodyear telah hadir ke Tanah Malaya seawal tahun 1929 dan telah menjadi pembekal tayar untuk kereta pertama negara iaitu Proton Saga pada tahun 1985. Penutupan kilang ini akan menjejaskan seramai 550 orang pekerja di Malaysia.

Bukan cuma itu, ia turut akan memberi kesan kepada 1,200 pekerja di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, menurut Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari. Tambah beliau lagi, kilang Goodyear di Akron, Ohio juga telah ditutup pada Januari 2023.

“Ini dilakukan kerana Goodyear telah menstrukturkan semula perniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat seperti Michelin, Continental dan Bridgestone,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Laporan tahunan Goodyear juga menunjukkan bahawa mereka menghadapi tekanan kos yang tinggi dan memilih untuk mencari tempat yang mempunyai kos yang lebih rendah, jelas beliau lagi.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy