Kementerian Kerja Raya (KKR) sekali lagi menegaskan bahawa cadangan untuk menghapuskan tol adalah sukar untuk dilaksanakan kerana ia bakal memberi impak yang besar terhadap kedudukan kewangan negara.
Memetik dari laporan Bernama, menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, pelaksanaan cadangan pemansuhan tol di negara ini akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM450 bilion kepada syarikat konsesi tol.
“Anggaran (kos) pada 2019 untuk menghapuskan tol kita perlu membayar (pampasan) kepada konsesi lebuh raya lebih RM400 bilion. Sekarang sudah 2023 … tentunya lebih lagi, saya anggarkan kira-kira RM450 bilion.
” … kita tahu belanjawan negara sekitar RM388 bilion setahun, kalau nak hapuskan tol dengan nilai RM450 bilion pada tempoh setahun itu kita tiada gaji yang boleh diberikan atau untuk kegunaan lain … saya tak nampak tol boleh dihapuskan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat semalam.
Ahmad turut mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan kos sebanyak RM20 juta sehari kepada konsesi lebuh raya susulan dari pemberian tol percuma semasa sambutan perayaan. Dijangkakan untuk sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, akan ada pengumuman pemberian tol percuma oleh pihak kerajaan.
Sumber : Bernama
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?