passionately driven

Motosikal Dilanggar Treler – Suami Maut, Isteri dan Anak Cedera

Sebuah treler telah melanggar sebuah motosikal sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala isteri dan anaknya cedera parah di Kilometer 16.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Jitra semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan, mangsa berusia 32 tahun itu maut serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan manakala isterinya berusia 31 tahun dan anaknya berusia 4 tahun mengalami cedera parah dalam kejadian kira-kira pada jam 10.50 malam itu.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 45 tahun, manakala mangsa membonceng motosikal yang ditunggang isterinya sedang bergerak dari arah yang sama iaitu dari Changlun menghala ke Jitra.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, treler berkenaan telah memotong motosikal mangsa yang berada di hadapan dengan bergerak ke tengah jalan, namun sebelum selesai memotong, pemandu treler menyedari telah melanggar tayar belakang sebelah kiri motosikal sehingga menyebabkan mangsa, isteri dan anaknya jatuh,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat manakala isteri dan anaknya dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan malam semalam. Tiada kecederaan dilaporkan buat kedua-dua lelaki di dalam treler itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD