NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

UMW Holdings Kini Anak Syarikat Penuh Sime Darby Berhad

UMW Holdings Kini Anak Syarikat Penuh Sime Darby Berhad

UMW Holdings Berhad (UMW) kini merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Berhad dan proses pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam UMW telah berjaya disempurnakan dan diumumkan oleh Sime Darby.

Memetik dari laporan Bernama, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Group, Datuk Jeffri Salim Davidson, dengan penyertaan UMW sebagai anak syarikat penuh menunjukkan petunjuk yang jelas tentang kepercayaan pasaran terhadap hala tuju strategik kumpulan dan nilai yang akan diwujudkan.

“Keutamaan kami sekarang ialah untuk menyempurnakan penyepaduan UMW ke dalam ekosistem Sime Darby yang lebih luas. Memanfaatkan kekuatan bersama, terutamanya dalam sektor automotif dan perindustrian, akan membolehkan kami mengukuhkan kelebihan daya saing serta meluaskan jejak domestik untuk terus memacu pertumbuhan jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, ia juga sejajar dengan Pelan Induk Strategi Lima Tahun Sime Darby untuk mengembangkan perniagaan industri dan permotoran teras merentasi pasaran serantau utama dan mengukuhkan sumbangan pendapatannya dari Malaysia.

Selain itu, Pengarah Urusan UMW, Mustamir Mohamad turut mengeluarkan kenyataan bahawa dengan menyertai keluarga Sime Darby telah membuka lembaran baru dan peluang-peluang perniagaan serta berkongsi kepakaran antara satu sama lain.

“Sambil memastikan kesinambungan perniagaan yang lancar semasa penyepaduan, kami berharap untuk terus berkembang sebagai sebahagian daripada Sime Darby, kerana kami kekal teguh dalam komitmen kami untuk menyampaikan kecemerlangan kepada semua pemegang kepentingan kami,” katanya.

 

Sumber : Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy