Berikutan dengan pelancaran Chery Omoda E5 dengan harga yang begitu menarik berbanding dengan pengeluar-pengeluar kereta China yang lain, BYD juga telah mengambil langkah dengan menurunkan harga Atto 3 dan kini GWM Malaysia juga mengambil langkah yang sama dengan menurunkan harga buat model Ora Good Cat (2024).
Ora Good Cat kini ditawarkan dengan 7 pilihan warna dan untuk model asas 400 pro, harganya kini bermula RM113,800 manakala untuk model 500 Ultra kini berharga RM143,800. Ini bermakna, model 400 pro kini RM16,000 lebih murah berbanding BYD Atto 3 Standard Range 2023 dan model 500 pro pula RM3,000 lebih murah berbanding Omoda E5 (RM146,800).
Selain itu, GWM menawarkan diskaun ini untuk model tahunan 2024 dan bukan seperti Atto 3 yang menawarkan diskaun tersebut untuk model tahunan 2023. Beralih kepada promosi raya, pengecas AC wallbox percuma dan pengecas boleh alih 3-pin akan diberikan kepada semua pemilik Ora Good Cat sehingga 30 April ini.
Bagi pemilik sedia ada, waranti akan dilanjutkan dari 5 tahun kepada 7 tahun dengan had perbatuan yang masih sama iaitu 150,000 km dan 5 tahun selenggara percuma. Waranti untuk bateri dan motor masih dikekalkan pada 8 tahun atau 180,000 km.