Dua Beranak Maut, Tujuh Cedera Parah – MPV Hilang Kawalan

Dua beranak maut manakala tujuh lagi cedera parah dalam kemalangan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 16 Jalan Keningau-Apin-Apin pada tengah malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai, siasatan awal mendapati pemandu yang membawa dua penumpang sedang bergerak dari arah Kampung Apin-Apin menuju ke Keningau manakala kenderaan MPV yang membawa enam lagi penumpang sedang menuju ke Apin-Apin dari Keningau.

Walau bagaimanapun, kenderaan MPV terbabit dipercayai hilang kawalan dan telah masuk ke laluan kenderaan terbabit sehingga berlaku pertembungan di antara kenderaan mereka lalu terpusing dan terbabas ke sebelah kiri dan kanan bahu jalan.

Kredit Imej : PDRM

“Ekoran kejadian itu, pemandu MPV dan seorang penumpang iaitu anaknya telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang lain mengalami kecederaan parah.

“Pemandu pacuan empat roda dan adiknya turut parah dalam kejadian itu manakala seorang lagi rakan mereka cedera bahagian dada.

“Kesemua mangsa telah dihantar Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada Ahad.

Siasatan awal turut mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu MPV. “Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dua mangsa yang maut dikenali sebagai Masino Gelong, 45, serta anak perempuannya, Claeryina Macthildis yang berusia 3 tahun.

Lima lagi ahli keluarga termasuk isterinya, Chelrina Philip, 33, bersama anak mereka, Camellia Mae, 11; Charlene Myra, 9; Mica Chelsino, 7; dan Mattheo Charbel, 2, dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dua lagi mangsa parah dalam kenderaan pacuan empat roda iaitu pemandu Dale Cahilap, 40, dan adiknya Jayvie, 31, masing-masing mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dada manakala rakan mereka Rafidah Justinus, 40, turut cedera dalam kejadian itu.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD