Kereta Elektrik Pertama dari Xiaomi, SU7 Kini Dibuka Untuk Tempahan

Xiaomi telah mendedahkan kenderaan elektrik (EV) pertama dari syarikat mereka yang dijangka akan menjadi model paling menarik, pintar dan mudah dipandu di bawah harga 500,000 yuan (RM328,723) ketika mereka sedang membuat persediaan untuk membuka tempahan pada minggu ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, menerusi akan rasmi Weibonya, Xiaomi akan mengumumkan harga rasmi bagi model Speed Ultra 7 atau SU7 ini dan akan mula menerima tempahan pada hari Khamis ini.

Sejak Xiaomi mendedahkan model ini pada Disember, mereka menjangkakan untuk menjadi antara lima pembuat kereta terbaik di dunia menerusi model SU7 ini. Hal ini kerana, Jun telah mendedahkan bahawa teknologi yang mereka gunakan untuk membina SU7 ini mampu memberikan pecutan lebih baik daripada kenderaan Tesla dan kenderaan elektrik dari Porsche.

Sejak semalam lagi, sejumlah 76 kedai Xiaomi di 29 bandar raya di China telah mula dipenuhi dengan bakal pelanggan dan penulis blog automotif untuk melihat EV berkenaan terutamanya dalam versi ‘biru laut’. Aplikasi Xiaomi Car juga telah dimuat naik oleh Xiaomi ke kedai aplikasi China.

SU7 bakal hadir dengan 2 versi iaitu jarak pemanduan sehingga 668 kilometer dengan sekali cas dan jarak pemanduan sehingga 800 kilometer dengan sekali cas. Berbanding dengan Tesla model S, jarak pemanduannya hanya boleh mencapai sehingga 650 kilometer sahaja.

 

Sumber : Reuters | Berita Harian

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD