Chery Malaysia telah memperlihatkan Tiggo 7 Pro, sebuah model SUV segmen-C baharu yang bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pada bulan Mei kelak. Selepas Omoda E5 dilancarkan, ini merupakan model kedua yang akan dilancarkan dari Chery pada tahun ini.
Tiggo 7 Pro ini didatangkan dengan kapasiti enjin 1.6 liter turbocaj TGDi yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 197 Ps dan 290 Nm tork. Dengan transmisi dwikuasa dengan tujuh kelajuan bagi model SUV baharu ini, penggunaan bahan api dikekalkan pada 7.0 liter/100 km.
Beralih kepada bahagian dalaman, Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan skrin berkembar integrasi 24.6 inci, sistem infotainment yang menyokong Apple Car Play dan Android Auto, sistem audio premium dari Sony yang hadir dengan 8 pembesar suara serta tidak dilupakan 64 pilihan palet warna untuk pencahayaan ambient di dalam.
Selain itu, pengecasan tanpa wayar sebanyak 50W yang hadir dengan sistem penyejukan aktif untuk mengurangkan suhu telefon semasa dalam proses pengecasan turut dihadirkan di dalam kereta.
Bagi sistem keselamatan pula, ia dilengkapi dengan 16 fungsi ADAS 2.5 sama seperti Omoda E5 iaitu :
Tiggo 7 Pro ini berukuran 4,513 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,696 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,670 mm. Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Bloodstone Red with Black Roof, Carbon Black, Vanilla Blue dan Khaki White with Black Roof dengan harga anggaran di bawah RM130,000.
Pelanggan yang berminat sudah boleh mula membuat tempahan bermula dari 25 Mac di laman web rasmi Chery Malaysia atau berkunjung ke ruang pameran Chery terdekat anda untuk melihat dan merasai sendiri SUV ini bermula April 2024.