passionately driven

MG4 dan MG ZS EV Kini Rasmi Dilancarkan ke Dalam Pasaran Malaysia

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd hari ini secara rasmi telah melancarkan dua model baharunya ke dalam pasaran Malaysia iaitu MG4 EV dan MG ZS EV dan mengumumkan harga rasmi di MITEC, Kuala Lumpur.

Berikut adalah pilihan jenis kenderaan dan harga:

MG ZS EV (Lux, 51 kWh, 320 km (WLTP)) – RM125,999

MG4 (XPOWER, 64 kWh, 385 km (WLTP)) – RM158,999

MG4 (Lux Extended Range, 77 kWh, 520 km (WLTP)) – RM148,999

MG4 (Lux, 64 kWh, 435 km (WLTP)) – RM128,999

MG4 (Standard, 51 kWh, 350 km (WLTP)) – RM103,999

Selain itu, ia turut didatangkan dengan pakej waranti yang menyeluruh termasuk waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000 km had perbatuan (yang mana datang dahulu) dan jaminan bateri hebat selama 8 tahun atau 180,000 km (yang mana datang dahulu) untuk kedua-dua model MG4 dan MG ZS.

Di samping itu, pertukaran bateri 1-dengan-1 juga akan diberikan jika kondisi bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan bateri, di mana yang mana datang dahulu.

Lebih menarik, pelbagai tawaran akan diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan kenderaan MG mereka sebelum 30 April 2024, di mana ianya terdiri daripada pakej ekslusif pembeli iaitu percuma 7kW Wallbox Charger dengan pemasangan untuk model MG ZS EV dan MG4 Standard bernilai RM4,600, percuma 11 kW Wallbox Charger dengan pemasangan untuk model MG4 Lux bernilai RM5,200 dan percuma 1,000 kredit pengecasan dari DC Handal dan JomCharge untuk model MG4 Lux Extended Range dan XPOWER.

SAIC Motor turut bekerjasama dengan Berjaya Sompo Insurance, Allianz Malaysia dan Generali Malaysia untuk memperkenalkan MG Insurance Program (MIP) di mana semua pemilik MG bakal mendapat perlindungan tambahan EV iaitu:

  1. Perlindungan Kos Menunda Tanpa Had: EV akan ditunda ke stesen pengecasan terdekat sekiranya bateri habis
  2. Perlindungan Home Wallbox Charger: Sehingga RM10,000 bayaran balik sekiranya Wallbox Charger dicuri atau rosak

Dengan pakej perlindungan di bawah Allianz Malaysia, sekiranya EV tersebut terlibat dalam kebakaran yang disebabkan oleh Wallbox Charger, kabel pengecasan EVSE atau stesen pengecasan awam, pelanggan akan diberi pampasan sehingga RM5,000 selain dari pakej perlindungan insurans kenderaan.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD